Thursday, 20 November 2008

Nikon EM Lama yang Baru

Nikon EM bersama Sigma Fisheye Filtermatik 16mm 2.8

Adalah sebab saya membeli kamera ini kerana kamera Digital SLR hanya mempunyai sensor yang kecil dibandingkan dengan kamera filem 35mm. Begitu ketara sekali perbedaannya apabila Lensa 'Fisheye' digunakan. Jika lensa tersebut digunakan pada kamera DSLR, kamera tersebut tidak akan menangkap gambar 180 darjah, tetapi berlainan dengan kamera SLR 35mm, yang menangkap gambar 180 darjah dengan lensa tersebut.

Oleh itu, saya pun berhajat untuk membeli kamera SLR manual berjenama Nikon FE. Sebab saya ingin membeli Nikon FE adalah kerana saya boleh menggunakan lensa-lensa saya pada kedua-dua jenis kamera digital dan manual. Akan tetapi, harga Nikon FE sedikit mahal daripada Nikon EM pada laman web ebay. Akhirnya Nikon EM pun jadi pilihan saya karena ia menawarkan dua lensa (Nikon 50mm 1.8 dan Hannimex 80-200mm macro), filter, flash, dan motor drive. Akan tetapi, Nikon EM bukan lah kamera yang manual sepenuhnya bahkan ia menawarkan 'Aperture priority mode' dimana kita memilih aperture secara manual dan kemudian kamera tersebut akan megubah 'shutter speed' pada kecepatan berpatutan dengan sendirinya.

No comments: